Pelakon tambahan ヅ

C.I.N.T.A


Jika kita mencintai seseorang kita akan sentiasa mendoakan kesejahteraan
nye walaupun dia tidak ada disisi kita..
Tuhan memberi kita dua tangan untuk memegang,
dua kaki untuk berjalan ,
dua telinga untuk mendengar  dan dua mata untuk melihat.
Tuhan memberi itu semua untuk kita melakukan kebaikan , bukannya kejahatan :)
Tetapi...
Mengapa Tuhan menganugerahkan sekeping hati untuk kita ?
Kerana Tuhan telah memberi sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya :)
Itulah namanya CINTA ..
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih sayang .
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang memberi harapan walaupun dia pernah kecewa pada masa lalu ..
Kepada mereka yang telah dikhianati..
Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti ..
Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali  kepercayaan.
Bercinta memang mudah ,untuk dicintai juga memang mudah tetapi...
Untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh :'(
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika kita iaitu manusia dapat menilai akan kesuciannya .
Jika sahaja kehadiran cinta itu untuk mengecewakan,
Lebih baik cinta itu tak pernah hadir..
Kita dilahirkan dengan dua mata,dua kaki,dua telinga dan dua tangan tetapi..
Mengapa kita hanya diberi satu buah mulut ?
Iaitu kerana mulut adalah senjata yang paling tajam . Mulut boleh menyakiti , membunuh, menggoda, dan banyak lagi yang membolehkan kita tidak senang bila mendengarnya :)
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis ..
Debu menjadi emas..
Keruh menjadi bening..
Sakit menjadi sembuh ..
Penjara menjadi telaga..
Derita menjadi nikmat ..
Kemarahan menjadi rahmat..
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai kita tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kita tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Ternyata senyuman dapat menjadikan seseorang terbuka hatinya..
Cinta mungkin tidak akan berlangsung selamanya tetapi Ia akan bertahan .. bertahan.. bertahan.. dan bertahan.. dengan begitu lama dan kuat sehingga kita tahu bahawa dia telah mengkhianati cinta kita....